Tuesday, 10 November 2020

KENALI MINYAK PATI

 


Assalamualaikum .... Salam sejahtera.

Selamat datang ke blog saya www.mewithessentialoils.blogspot.com.

Terima kasih atas kesudian anda melayari blog saya.

Semoga apa yang saya kongsikan memberi manfaat kepada anda semua.


Dalam 2 post saya yang sebelum ini,saya telah kongsikan pengalaman saya menggunakan EO.

Mungkin ada yang masih tertanya-tanya apa sebenarnya Minyak Pati atau Essential Oil ini. Jom kita kenali dengan lebih dekat tentang minyak pati.


                                       APA ITU MINYAK PATI .... ?

Minyak Pati atau Essential Oil (EO) ialah ekstrak dari pelbagai bahagian tumbuhan,seperti bunga,daun,dahan,batang dan kulit yang pekat serta aromatik yang diperoleh secara berhati-hati melalui penyulingan stim,penekanan sejuk atau penorehan resin.Kami (YL) menawarkan minyak pati,minyak pati campuran dan produk terseduh minyak pati yang spesifik dan hadir secara semula jadi tanpa campuran pewarna dan kimia pada tahap yang optimum untuk memaksimumkan potensinya.

EO telah digunakan sejak beribu tahun dahulu sebagai ubat-ubatan dan kesihatan.Oleh kerana sifatnya yang antidespresi,merangsang, detoxifying,antibakteria,antiviral dan menenangkan,maka EO sangat popular sebagai terapi yang semulajadi,selamat dan berkesan mengikut masalah kesihatan tertentu.

EO mempunyai banyak kebaikan yang bukan sahaja digunakan sebagai terapi aromaterapi, tetapi juga terdapat di dalam bahan-bahan pencuci,kosmetik,penjagaan badan dan wajah. 


                              ADAKAH MINYAK PATI YL SELAMAT....?

YA .... kerana ia dihasilkan secara semulajadi tanpa campuran bahan pewarna dan bahan kimia.


Bagaimana cara menggunakan minyak pati ? 

Jom kita tengok gambar di bawah atau borak dengan saya di FB :  Me with Essential Oils atau 

follow IG : mewithessentialoils.





Featured post

Young Living 8th Anniversary - RISE BEYOND

  Telah berlangsung selama 2 hari pada 22 & 23 Oktober 2022 lepas,YL 8th Anniversary bertempat di KLCC,Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti m...