Tuesday, 10 November 2020

ALHAMDULILLAH ....

 Assalamualaikum .... Selamat sejahtera.

Welcome to mewithessentialoils.blogspot.com

Seperti yang saya janjikan dalam entry sebelum ni , hari ni saya nak kongsikan kesan selepas saya menggunakan diffuser YL.



Saya menggunakan EO Lavender pada malam pertama saya menerima set diffuser YL. Minyak pati Lavender ni memang terkenal dengan khasiatnya untuk menenangkan minda dan tubuh badan serta digunakan untuk membantu masalah insomnia.

Saya diffuse secara konsisten siang dan malam dalam masa seminggu.Di waktu siang,bersilih ganti dengan EO Lemon dan Spearmint.Untuk pengetahuan korang juga,EO Lemon bila diblend dengan EO Spearmint turut membantu masalah sukar tidur. Nanti saya kongsikan di entry akan datang khasiat EO Lavender,Lemon dan Spearmint serta lain-lain EO YL secara terperinci.

Alhamdulillah ... EO YL telah membantu masalah sukar tidur saya dalam waktu yang singkat. Dapat tidur lebih awal dan lena sehingga subuh hari.Selain diffuse dalam diffuser,saya turut sapu di bahagian  nadi (pergelangan tangan dan tengkuk) serta di ubun-ubun. Ini adalah untuk kesan yang lebih cepat. Dalam masa beberapa minit jer,korang akan mula rasa mengantuk.

So ... pada korang yang ada masalah sukar tidur,tidur tak lena kerana kerap bangun di tengah malam, bole chatting dengan saya untuk maklumat lebih lanjut. 

Banyak lagi khasiat yang terdapat dalam setiap EO YL yang akan saya kongsikan di next entry.
So rajin-rajin lah singgah di www.mewithessentialoils.blogspot.com

Jumpa di next entry ya .... Bye !!

Featured post

Young Living 8th Anniversary - RISE BEYOND

  Telah berlangsung selama 2 hari pada 22 & 23 Oktober 2022 lepas,YL 8th Anniversary bertempat di KLCC,Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti m...