Thursday 13 January 2022

BREATH EASY Diffuser Blend ...


 

Assalam semua …

Pada awal pagi, saya suka diffuse essential oil yang berkait rapat dengan isu pernafasan. Memandangkan saya adalah bekas pesakit covid, pernafasan memang antara isu yang saya alami. Jadi, sebelum saya memulakan kerja-kerja di rumah, saya akan ambil sedikit masa untuk diffuse terlebih dahulu.

 Pagi nie, saya diffuse EUCALYPTUS RADIATA bersama PEPPERMINT. PEPPERMINT favourite eo saya, kalau bole diffuse dengan eo apa pun, mesti nak letak sikit PEPPERMINT.

 * EUCALYPTUS RADIATA memiliki aroma segar seperti minyak kayu putih yang dapat membantu menyihatkan sistem pernafasan seperti sesak nafas,hidung tersumbat dan bersin-bersin kerana alergi.

 Selain diffuse, bole juga disapu di kawasan dada, leher, bawah hidung, sepanjang tulang belakang dan telapak kaki. Untuk kulit sensitif, jangan lupa dillute dulu dengan V6 Vegetable oil atau apa-apa jenis carrier oil.

 * PEPPERMINT my favourite eo. Tak bole buang dari cart. Setiap bulan akan order. Tak cukup dengan beli, redeem point jugak. Sentiasa ada dalam handbag.

 1001 kegunaan dan kebaikan PEPPERMINT ni. Sakit-sakit badan, sakit kepala,pening kepala, sesak nafas, sakit perut,kembung perut, demam dan lain-lain lagi.

 Selain diffuse, apa yang saya buat dengan PEPPERMINT ni ?

 Contoh, kalau perut kembung atau badan rasa sengal seperti berangin. Saya akan titiskan sedikit PEPPERMINT (botol berlabel putih) dalam teh o suam, kemudian minum. Untuk kesan lebih bagus, sapu juga ke perut dan bahagian badan yang sengal tu dan diffuse juga.

 * WARNA lampu pada diffuser juga memainkan peranan tau. Kenapa?

 SEBABNYA ….warna cahaya adalah “perubatan tenaga” dimana setiap warna mempunyai getaran dan ia berfungsi dan bertindak balas pada badan.

 Dalam sains, setiap elemen warna memancarkan tahap frekuensi yg tertentu.

 Hari ni, oleh kerana saya diffuse eo yang berkait dengan isu pernafasan, jadi saya memilih lampu berwarna OREN kerana warna OREN berkait rapat dengan pernafasan.

 Warna OREN juga membantu stimulate anda punya proses daya kreativiti dan membantu memberikan idea-idea yang baru.

 Guna ESSENTIAL OIL dan WARNA LAMPU pada diffuser anda dengan bijak utk mendapatkan hasil yang terbaik.

 

                                                                Selamat mencuba!. 

Featured post

Young Living 8th Anniversary - RISE BEYOND

  Telah berlangsung selama 2 hari pada 22 & 23 Oktober 2022 lepas,YL 8th Anniversary bertempat di KLCC,Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti m...