Semua dah ada diffuser?
Tak kisah la, Owl, Dewdrop, Desert, Lantern, & Aria.
Pernah terfikir tak?
Kenapa setiap diffuser ada light option ?
Kesemuanya ada 11 warna. Dan warna tu semua dari warna2 asas iaitu Kuning, Merah dan Biru.
Biasanya dalam terapi untuk tenangkan sistem saraf atau dipanggil CHROMOTHERAPY akan dimasukkan colour secondary iaitu Oren, Purple and Hijau.
Tahukah anda fungsi setiap warna cahaya yang terdapat pada diffuser?
Warna cahaya adalah “perubatan tenaga” dimana setiap warna mempunyai getaran dan ia berfungsi dan bertindak balas pada badan.
Dalam sains, setiap elemen warna memancarkan tahap frekuensi yg tertentu.
Diffuser juga ada kelebihan tersebut di tambah lagi dengan penggunaan essential oil. Setiap oil mempunyai peranan dan fungsi yang tersendiri.
MERAH
Ini link dengan kita punya buah pinggang, tulang belakang dan deria bau. Warna ini memberi lebih tenaga dan sangat sesuai dikala kita over-tired. Kalau anda seorang yang aktif, warna merah adalah untuk melawan kekejangan sendi dan otot.Warna merah juga merangsang your sex desire.
So … kalau ada simptom2 ni diffuse la oil yang berkaitan dan pilihla lampu warna merah.
ESSENTIAL OIL : Ylang Ylang, Sensation, Dragon Time, Mister, Joy, Nutmeg, Rose, SclarEssence.
KUNING
Kalau anda ada masalah dengan digestion boleh pilih lampu warna ini. Sebab ianya berkait rapat dengan perut, hati dan usus. Kalau anda ada masalah depression juga boleh mendapat manfaat dari terapi warna kuning ini.
ESSENTIAL OIL : Lemon, Bergamot, Orange, Frankincense, Lavender, Joy, Awaken, Citrus Fresh, Geranium, Jasmine, P&C, Sacred Mountain.
BIRU
Ni adalah counterpart lampu warna merah. Boleh digunakan untuk mengurangkan tekanan darah tinggi dan menenangkan minda. Biru juga sangat membantu untuk migraine.Kerongkong, telinga dan mulut adalah organ yang berkait rapat dengan warna ini.
ESSENTIAL OIL : P&C, Lavender, Ylang Ylang, Juniper, Marjoram, Release, White Angelica
HIJAU
Hijau adalah warna alam semulajadi. Terapi warna hijau ini membantu and stimulate kita punya perkembangan hormones dan menguatkan otot, tulang dan juga sel tisu. Membantu dalam sistem imunisasi.
ESSENTIAL OIL : Peppermint, Cypress, Hope, Oregano, Patchouli, Roman Chamomile, White Angelica, Sacred Mountain.
UNGU
Warna ini membantu untuk sleep. Ingat Lavender? The most favorable sleep aid. Warna ungu membantu mengurangkan stress emosi dan mental. Sistem saraf dan mata kita berkait rapat dengan warna secondary ni. Berbeza dengan merah, kaler ni boleh mengurangkan keinginan seks.
ESSENTIAL OILS : Lavender, Marjoram, Stress Away, P&C, Ruta Vala.
OREN
Adakah kerja anda memerlukan anda untuk berkarya atau memerlukan idea2 yang kreatif? Sp oren ni sangat membantu. Oren membantu stimulate anda punya proses daya kreativiti dan membantu memberikan idea-idea yang baru. Warna ini berkait rapat dengan pernafasan.
ESSENTIAL OIL : RC, Raven, Frankincense, Rosemary, Highest Potential, Abundance, Valor.
Guna ESSENTIAL OIL dan WARNA CAHAYA pada diffuser anda dengan bijak utk mendapatkan hasil yang terbaik.
Selamat mencuba!.